Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

Perutusan Datuk Bandar

dato bandar

Y. Bhg. Dato' Haji Zazali Bin Salehudin

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam sejahtera dan salam Bersih.Muafakat.Sejahtera

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke Laman Web MBS. Sebagai penghargaan kepada pengunjung-pengunjung laman web MBS, kami di MBS sentiasa menerokai dan mencari idea, kaedah dan inovasi baru dalam usaha memberi perkhidmatan yang cekap dan terbaik kepada seluruh warga Seremban.

Transformasi perkhidmatan awam sentiasa berlaku pantas dan agresif, MBS seboleh mungkin komited mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam sistem penyampaian perkhidmatannya. Kecanggihan teknologi terkini memungkinkan sesuatu perkhidmatan itu diberikan dengan pantas, cekap dan tepat di samping menyediakan laman web yang mesra pengguna dan mudah dicapai pada bila-bila masa.

Melalui laman web ini, pengunjung-pengunjung akan disajikan dengan paparan maklumat terkini mengenai perkhidmatan yang disediakan, garis panduan yang digunapakai, perkhidmatan atas talian, aktiviti dan program yang dijalankan, kemudahan-kemudahan yang disediakan dan juga maklumat am mengenai MBS.

Mendepani realiti komunikasi masa kini, kita menyaksikan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak terkecuali melakukan pelbagai inovasi untuk membantu pihak awam menyelesaikan urusan mereka termasuk diluar waktu pejabat dengan kemudahan atas talian yang disediakan antaranya bayaran, aduan, semakan kompaun letak kereta, semakan cukai taksiran dan semakan status permohonan lesen, notis sebutharga dan pelbagai kemudahan atas talian yang lain.

Dengan adanya laman web ini, saya berharap agar ianya dapat menjadi salah satu medium antara MBS dan masyarakat dalam menjalinkan kerjasama erat menerusi maklumbalas dan respon membina demi kemajuan dan kesejahteraan bandar raya yang kita cintai ini. Saya berharap agar laman web ini berjaya menjalankan fungsinya sebagai wadah mendapatkan maklumat dan perkhidmatan.

Selamat melayari laman web MBS

 

DATUK BANDAR