Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

EKSA

Pengenalan

  • Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) adalah penjenamaan semula pelaksanaan Amalan 5S untuk memenuhi keperluan sektor awam.
  • Pelaksanaan EKSA mempunyai matlamat yang sama untuk mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal.  
  • EKSA yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan,menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja.  
  • EKSA berupaya memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan Standard MS ISO 9001, dalam memenuhi keperluan klausa Pengurusan Sumber berkaitan persekitaran kerja.  
  • EKSA yang cekap,berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej korporat Jabatan/Agensi secara keseluruhan.

Pelaksanaan

5S Merupakan isitilah asal dalam bahasa Jepun,yang jika diterjemahkan ke Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan membawa maksud seperti yang dinyatakan.

BAHASA JEPUN BAHASA INGGERIS BAHASA MELAYU CONTOH
Seiri Sort Sisih Menyisih fail lama tidak aktif dengan fail baru yang masih aktif
Seiton Set in order Susun Menyusun dokumen/bahan/alatan pejabat supaya mudah diambil/diguna
Seiso Shine Sapu Menyapu/membersih ruang pejabat dan ruang kerja/bilik serta peralatan kerja individu
Seiketsu Standardise Seragam Menyeragamkan susunan fail/meja kerja/bilik mesyuarat/peralatan pejabat
Shitsuke Sustain Sentiasa Amal Mengamalkan selalu aktiviti sisih,susun,sapu dan seragam

Dasar dan Objektif

MPS komited mengamalkan budaya organisasi berprestasi tinggi melalui penyediaan persekitaran kerja yang kondusif dan budaya kerja yang positif

9 objektif pelaksanaan EKSA MPS :

  • MEWUJUDKAN persekitaran tempat kerja berkualiti (bersih,kemas dan rapi).
  • MENINGKATKAN kecekapan dan keberkesanan pengurusan organisasi.
  • MENGENALPASTI,mengurangkan dan menghapuskan pembaziran.
  • MENINGKATKAN imej agensi sektor awam.
  • MENJANA idea kreatif di kalangan warga agensi.
  • MENINGKATKAN semangat esprit de corp
  • MENINGKATKAN disiplain warga jabatan.
  • MENINGKATKAN mutu penyampaian perkhidmatan
  • MEWUJUDKAN piawaian kerja yang jelas.