Kepada : Peniaga-Peniaga Di kawasan Majlis Perbandaran Nilai

 

Tuan/Puan,

NOTIS PEMBAHARUAN LESEN PERNIAGAAN TAHUN 2020

Merujuk kepada perkara diatas, dimaklumkan bahawa lesen perniagaan bagi tahun 2019 akan tamat pada 31/12/2019.

2.   Sehubungan dengan itu, sila perbaharui lesen tuan/puan di Majlis Perbandaran Nilai mulai 2/1/2020 hingga 28/2/2020 dengan  membawa bersama-sama dokumen seperti berikut :-

         2.1       Lesen asal tahun 2019

         2.2       Cukai taksiran yang terkini yang telah dibuat bayaran (bagi kilang, tred perniagaan dan premis    makanan sahaja ).

         2.3       Gambar berukuran passport (1 keping).

         2.4       Resit pembahaharuan alat pemadam api (bagi kilang, tred perniagaan dan premis makanan sahaja).

         2.6       Gambar lakaran iklan yang yang disahkan oleh Dewan Bahasa & Pustaka.

         2.7       Untuk premis makanan :-

                     2.7.1   Suntikan pengendali makanan dan kursus pengendali makanan (bagi premis makanan).

                     2.7.2   Gambar perangkap sisa makanan (bagi restoran sahaja).

                     2.7.3   Gambar paip standard untuk tandas (bagi restoran sahaja)

3.   Kegagalan tuan/puan untuk memperbaharui lesen dalam tempoh yang ditetapkan maka Majlis beranggapan tuan/puan tidak berminat meneruskan perniagaan dan lesen tuan/puan akan dibatalkan.

4.    Waktu bayaran 8.00 pagi hingga 3.45 petang. Sebarang  pertanyaan  hubungi talian berikut 06-7989003/06-7989091.

 

Sekian, terima kasih

 

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

"BERSIH . MAUFAKAT . SEJAHTERA"

 

Saya yang menurut amanah,
(MOHD LOTFFEE BIN ABDULLAH)
Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Kesihatan
b.p Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Nilai

 

Validity Date:
Jumaat, 29 November 2019 to Jumaat, 28 Februari 2020