Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

Restoran & Gerai

 

aunty-aini

Aunty Aini’s

 

Sebuah restoran yang mengkhusus masakan Melayu seperti masak lemak cili api dan gulai lemak tempoyak yang dihidangkan mengikut permintaan pelanggan seperti ayam, ikan, udang, itik, telor itik, masakan asam pedas, sambal tumis dan rendang. Juga terdapat makanan barat seperti pizza, pasta, steak dan burger. Pencuci mulut seperti tapai bersama aiskrim dan sagu gula Melaka juga disediakan. Suasana restoran yang menerapkan konsep perkampungan Melayu menjadikan ianya sebuah restoran yang unik dan patut dikunjungi oleh mereka yang datang ke Nilai.

 

Alamat: Batu 16, Jalan Nilai-Salak, Kg. Chelet, 71800 Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus

 

Waktu Operasi: 11.30 Pagi - 2.30 Petang & 5.30 Petangg - 10.30 Malam Tutup Setiap Isnin

 

Menu Makanan: Menyediakan sajian-sajian makanan kampung seperti masak lemak cili api dan gulai lemak tempoyak dan makanan barat seperti Chicken Chop, Lamb Chop, Fish & Chip dan banyak menu menarik lain.

hailam

Hailam Kopitiam

 

Hailam Kopitiam adalah sebuah kafe konsep yang menyediakan citarasa Hainan asli dengan lebih dari 20 cawangan yang sedia melayani pengunjung setia generasi baru di seluruh Malaysia. Ini adalah hidangan yang istimewa dari kami yang dicari-cari oleh penggemar menu ini. Walaupun secara konsisten, cara masakan, rasa yang unik dan selera yang berbeza Hainan terkenal kerana telah mengalami sedikit perubahan. Pengunjung akan sentiasa menikmati keaslian kopi yang istimewa daripada kami iaitu Kopi Panggang / Hailam Tea, 'Homemade' Kaya dengan roti bakar dan telur setengah masak. 'Hainan Chicken Chop' dan 'Fish Fillet' disediakan seperti di zaman penjajah yang sangat disukai ramai, Mee Sup, Nasi Goreng Kampung dan sudah tentu kegemaran semua sepanjang masa iaitu Nasi Lemak dengan Rendang Ayam dan Nasi Ayam Hainan. Masakan ini telah dihidangkan dan diyakini dari zaman berzaman dan sudah pasti tidak akan mengecewakan anda.Kini anda boleh menikmati semua ini di Putra Nilai.

 

Alamat: Jalan BBN 1/1E, Putra Nilai,71800 Nilai, Negeri Sembilan

 

Waktu Operasi: 8.30 am - 12.00 am (setiap hari)

 

Menu Makanan: Kopi Panggang / Hailam Tea, 'Homemade' Kaya dengan roti bakar dan telur setengah masak, 'Hainan Chicken Chop' dan 'Fish Fillet' dan lain-lain

 
aljamal

Restoren Al-Jamal

 

Bagi penggemar makanan Arab atau timur Tengah, Restoren Al-Jamal adalah pilihan yang paling tepat. Restoran ini menawarkan pelbagai jenis menu seperti nasi beriyani, nasi mandy, nasi kabsa, nasi haneeth, nasi maqluba yang semuanya dihidangkan dengan ayam atau kambing. Makanan yang dipanggang (grill) seperti kebab, sheesh tawok dan ayam panggang juga ada di restoran ini. Makanan sampingan seperti pizza dan quesadilla iaitu roti tortila berintikan ayam, keju, salad dan tomato cincang dan dimakan bersama sos bawang putih istimewa. Restoran ini ialah tempat yang sesuai untuk seisi keluarga menjamu selera.

 

Alamat: A27 & A28, 9 Avenue, Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus

 

Waktu Operasi: Buka Setiap Hari 11.00 Pagi - 11.00 Malam

 

Menu Makanan: Nasi Maqluba, Pizza dan Quesadilla, Nasi Kabsa, Nasi Mandy dan lain-lain

babanyonya

Restoren Baba & Nyonya

 

Restoren Baba Nyonya adalah restoran yang menghidangkan masakan masyarakat baba nyonya seperti di Melaka. Menu yang mendapat permintaan tinggi adalah masakan asam pedas. Selain daripada itu terdapat juga masakan Melayu yang dimasak dengan cara peranakan seperti rendang ayam dan rendang daging. Restoran ini juga turut menghidangkan menu sampingan seperti makanan laut, sayur-sayuran, sambal petai dan sebagainya. Pelanggan akan dihidangkan dengan teh cina. Tidak perlu ragu-ragu kerana ianya adalah restoran halal dan sesuai untuk semua.

 

Alamat: Pt. 5774, Jalan Ts 2/1,Taman Semarak,71800 Nilai Negeri Sembilan Darul Khusus

 

Waktu Operasi: 11 Pagi - 3 Petang & 6 Petang - 9 Malam Tutup Setiap Sabtu & Ahad

 

Menu Makanan: Tomyam,asam pedas,ayam sambal,udang sambal petai,sotong goreng tepong.