Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan CCC

  1. Sistem Pengeluaran Perakuan Siap dan Pematuhan (Cetificate of Completion and Compliance - CCC) oleh para profesional adalah satu usahan pembaharuan bagi proses persijilan keselamatan dan keselesaan bangunan. Pengenalan sistem perakuan baru ini dibuat setelah mengambilkira kelebihan dan kebaikan berasaskan kajian menyeluruh yang telah dijalankan oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama-sama dengan pihak – pihak yang terlibat secara langsung atau yang mempunyai kepentingan dalam industri pembinaan.
  2. Kaedah pengeluaran CCC oleh para professional adalah satu usaha ke arah pendekatan self –regulation dan self –certification, iaitu, konsisten dengan hasrat Kerajaan seperti yang terkandung dalam langkah 70 (d) Strategi Baru Merancang Pertumbuhan Ekonomi Negera. Ia bertujuan mempertingkatkan lagi kecekapan system penyampain perkhidmatan pemajuan projek menerusi usaha-usaha mengurangkan kerenah birokrasi. Penegenalan CCC akan menyumbang kepada pengurangan kos menjalankan perniagaan di Negara ini di samping memudahkan para pelabur berurusan dengan pihak Kerajaan.
  3. Dari Sudut akauntabiliti terhadap keselamatan dan keselesaan bangunan, pengambilalih tugas mengeluarkan sijil perakuan ini oleh para professional lebih merupakan satu formaliti. Ini adalah kerana di bawah sistem pengeluaran CFO, para professional sememangnya diwajibkan memberi pengesahan terhadap isu keselamatan dan kelayakan menduduki bangunan. Selain itu, pemberian tanggungjawab mengeluarkan sijil perakuan bangunan oleh para professional juga dianggap satu langkah wajar.Ini adalah memandangkan mereka merupakan pihak yang paling memahami pemajuan sesuatu projek kerana terlibat secara langsung dalam keseluruhan fasa pembangunan ; iaitu, dari peringkat kerja-kerja persiapan projek.
  4. Satu ciri penambahbaikan kepada sistem CCC ialah notis milikan kosong (notice of vacant possession –VP) boleh dikeluarkan bersekali dengan CCC yang kini berada dalam kawalan para professional. Faktor ini akan menyumbang kepada penyelesaian masalah yang sering berlaku di bawah sistem pengeluaran CFO dimana pembeli rumah memperolehi kunci rumah tetapi tidak boleh mendudukinya kerana CFO belum dikeluarkan lagi.