Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

Lesen Serta Merta

Permohonan yang lengkap akan diproses dan dikeluarkan lesen  dalam tempoh 30 minit. Premis yang dibenarkan adalah rumah kedai di tingkat bawah dan Kompleks Membeli Belah

Lesen ini dikeluarkan untuk jenis perniagaan seperti:-

 

BIL JENIS – JENIS PERNIAGAAN
1 KEDAI GAMBAR
2

ALAT-ALAT SUKAN

3

MENJUAL PERMAIDANI

4 KEDAI BARANGAN PLASTIK DAN PINGGAN MANGKUK
5 PERALATAN RUMAH / DAPUR
6 KEDAI JAHIT PAKAIAN /
7 KEDAI PAKAIAN
8 KEDAI PERABOT
9 KEDAI KASUT
10 KEDAI JAM
11 KEDAI DOBI
12 PAPAN IKLAN 20’ X 4’ (PEJABAT URUSAN)
13 KEDAI MENJUAL ALAT PERSOLEKAN
14 KEDAI MENYIMPAN DAN MENJUAL CAT
15 KEDAI MENJUAL BARANGAN BESI DAN LOGAM
16 KEDAI MENJUAL MAKANAN TERNAKAN
17 MAKMAL ALAT PENIMBANG
18 KEDAI KRAFTANGAN / CENDERAMATA
19 KEDAI ALAT-ALAT SUKAN
20 KEDAI BUKU / ALAT TULIS /PHOTOSTAT
21 KEDAI CERMIN MATA (DISERTAKAN SIJIL OPTOMETRIC)
22 KEDAI AKUARIUM
23 KEDAI MENJUAL DAN MEMBAIKI BASIKAN
24 ALAT PENAPIS AIR
25 AGENSI PELANCONGAN / MENJUAL TIKET KAPAL TERBANG
26 KEDAI MENJUAL ALAT – ALAT SEMBAHYANG
27 KEDAI MENJUAL / MEMASANG HIASAN DALAMAN
28 KEDAI BUNGA PLASTIK / JAMBANGAN BUNGA
29 KUNCI DAN MANGGA
30 BARANG – BARANG DARI KULIT
31 MENYEWA / MENJUAL KELANGKAPAN PERKAHWINAN
32 KELENGKAPAN / ALATAN PEJABAT
33 AKSESORI WANITA
34 MENJUAL BARANG KEPERLUAN BAYI
35 KEDAI LANGSIR
36 MENJUAL BANTAL

KAEDAH PERMOHONAN :

  • Permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan borang Lesen Tred Perniagaan dan Iklan di bawah Akta Kerajaan Tempatan yang telah diisi dengan lengkap dan terang serta mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Bayaran Proses :
    • Zon Seremban : RM 30.00
    • Zon Nilai : RM 10.00
  • Borang permohonan yang telah lengkap hantarkan kepada:-
    • Jabatan Pelesenan Dan Pembersihan,
      Tingkat Bawah,Majlis Perbandaran Seremban
      Majlis Bandaraya Seremban
      Wisma MBS,
      Persiaran Forest Heights 1,
      Jalan Seremban – Tampin,
      70450 Seremban, Negeri Sembilan
      Tel : 06-765 4318
       
    • Kaunter Jabatan Pelesenan Dan Pembersihan,
      No.1, Kompleks Pentadbiran Kerajaan
      Persiaran Pusat Bandar, Putra Nilai,
      71800 Nilai, NSDK
      (Kaunter OSC No. 10)
      Tel : 06-7989003

 

Peringatan:

BIL JENIS PERNIAGAAN KAWASAN YANG DIBENARKAN

1

Semua Premis Perniagaan

Semua premis perniagaan hendaklah dicat semula sekiranya cat telah luntur sebelum lesen diluluskan.

2

Lesen Iklan

  • Visual iklan minuman keras/bir dan rokok tidak dibenarkan
  • Visual Iklan hendaklah mendapatkan pengesahan dari Dewan Bahasa Dab Pustaka.

KAEDAH PERMOHONAN :

  • Permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan borang Lesen Tred Perniagaan dan Iklan di bawah Akta Kerajaan Tempatan yang telah diisi dengan lengkap dan terang serta mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Bayaran Proses :
    • Zon Seremban : RM 30.00
    • Zon Nilai : RM 10.00
  • Borang permohonan yang telah lengkap hantarkan kepada:-
    • Jabatan Pelesenan Dan Pembersihan,
      Tingkat Bawah,Majlis Perbandaran Seremban
      Wisma MBS,
      Persiaran Forest Heights 1,
      Jalan Seremban – Tampin,
      70450 Seremban, Negeri Sembilan
      Tel : 06-765 4318
    • Kaunter Jabatan Pelesenan Dan Pembersihan,
      No.1, Kompleks Pentadbiran Kerajaan
      Persiaran Pusat Bandar, Putra Nilai,
      71800 Nilai, NSDK
      (Kaunter OSC No. 10)
      Tel : 06-7989003

Dokumen Sokongan

ATAU

  • Memorandum dan perkara persatuan bagi syarikat (Memorendum and Articles of Association), Borang 24 ( Return Of Allotment Register of Directors, Managers and Secretaries and changes of Particulars) mengikut Akta Pendaftaran Syarikat 1965.
  • Borang A (Pendaftaran Perniagaan) atau Borang B (Pendaftaran Perubahan Dalam Perniagaan 1956).
  • 12 salinan pelan lokasi yang menunjukkan di mana perniagaan hendak dijalankan dan disertakan (gunakan ruang di perkara F).
  • 1 salinan surat perjanjian atau kebenaran tuan bangunan (jika bukan bangunan sendiri).
  • 1 salinan pelan lantai premis berkenaan (kilang dan premis makanan sahaja).
  • 1 salinan sijil kelayakan menduduki bangunan (CCC) (bangunan baru sahaja).
  • 3 keping gambar premis (pandangan hadapan) saiz 3R.
  • 1 salinan geran tanah atau sijil carian rasmi atau bil cukai tanah.
  • 1 salinan bil bayaran cukai pintu yang terkini
  • 1 salinan kad pengenalan.
  • Surat daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MIDA) jika pelabur antarabangsa.
  • Permohonan iklan hendaklah mendapat kelulusan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka

    Online : Laman Web Rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pengesahan Bahasa
    • Sijil Pengesahan Dewan bahasa Dan Pustaka
      No.Tel : 03-2147910 / 03-21479500 / 03-21479600

 

Borang
Muat Turun Borang (Klik Link Untuk Ke Borang)

Sebarang masalah sila hubungi :
Jabatan Pelesenan Dan Pembersihan,
Majlis Bandaraya Seremban
Tel : 06-765 4318  (Zon Seremban)

Tel : 06-7989003 (Zon Nilai)

 

Nota :
Jenis permohonan ini boleh dikemukakan secara online : (Link Ke sistem online)