Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

Pengenalan

LOCAL AGENDA 21

  • Local Agenda 21 (LA 21) merupakan satu program untuk masyarakat dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk bersama-sama merancang dan menguruskan persekitaran ke arah pembangunan mampan.
  • Masyarakat tempatan melibatkan diri mengenal pasti dan mengkaji isu–isu pembangunan mampan dan seterusnya membentuk tindakan dan melaksanakan secara bersama. Contoh Program LA21 adalah seperti Kebun Komuniti, Program Go Green, Hari Tanpa Kenderaan dan Kempen Bebas Polisterin dan sebagainya.

ASAL USUL LOCAL AGENDA 21

  • Ianya merupakan satu perjanjian / agenda antarabangsa ke arah pembangunan mampan global untuk abad ke – 21. Perkara ini dikeluarkan semasa persidangan Earth Summit di Rio de Janeiro, pada tahun 1992 melalui Persidangan Alam Sekitar dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu. Ianya telah ditandatangani lebih daripada 178 kerajaan termasuk Malaysia.
  • Pelaksanaan LA21 di Majlis Bandaraya Seremban melibatkan 3 Jawatankuasa iaitu : -
    1. Jawatankuasa Kecil Alam Sekitar;
    2. Jawatankuasa Kecil Sosial; dan
    3. Jawatankuasa Kecil Infrastruktur.
  • Jawatankuasa kecil ini bertanggungjawab menyediakan pelan tindakan dan laporan bagi setiap program yang dilaksanakan.
  • Objektif utama Local Agenda 21 adalah : -
    1. Memberikan pendedahan isu – isu pembangunan mampan kepada masyarakat dan sektor awam;
    2. Menjelaskan bahawa tanggungjawab pembangunan mampan adalah tanggungjawab bersama;
    3. Merumus strategi dan pelan tindakan LA21 berdasarkan isu – isu pembangunan mampan; dan
    4. Melaksanakan pelan tindakan (action plan) LA21 dalam bentuk projek – projek pembangunan mampan.