Majlis Bandaraya Seremban menyediakan perkhidmatan permohonan pengebumian secara dua kaedah iaitu:

  • Secara Manual- iaitu di Kaunter Jabatan Kesihatan Persekitaran, Majlis Bandaraya Seremban, dan juga
  • Secara Atas Talian -
    • melalui portal MBSClick (https://click.mbs.gov.my) atau boleh juga
    • melalui Aplikasi mobile ePusara. Pelanggan boleh memuat turun aplikasi tersebut melalui Google Play Store atau Apple Store dengan mengimbas QR Kod dibawah:
qr epusara

 

  • PERMOHONAN TAPAK KUBUR DAN BAYARAN MELALUI KAUNTER MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN
     
    1. Waris boleh membuat permohonan dan juga bayaran bagi Tanah Perkuburan Islam, Warganegara (RM 80), Bukan Warganegara (RM 500) dan Tanah Perkuburan Kristian, Warganegara (RM 300), Bukan Warganegara (RM 500) melalui kaunter Majlis Bandaraya Seremban (MBS) di WISMA MBS Forest Height dengan mengemukakan senarai dokumen berikut :-
       
      • Dokumen pengenalan pemohon (waris)
      • Dokumen pengenalan si mati
      • Dokumen daftar kematian sementara (dikeluarkan oleh pihak hospital/polis)
      • Dokumen Surat Persatuan Kristian (Tanah perkuburan kristian sahaja) ( Lampiran 4 )
         
    2. Selesai permohonan, waris perlu membawa bil ePusara (Lampiran 1) ke kaunter pembayaran untuk melakukan pembayaran.
    3. Waris perlu menyerahkan semula bil ePusara yang telah dibayar ke kaunter Jabatan Kesihatan untuk mendapatkan salinan sijil kebenaran pengebumian. (Lampiran 2)
    4. Salinan sijil kebenaran pengebumian perlu dibawa ke tapak perkuburan bersama dengan salinan dokumen daftar kematian sementara (Lampiran 3) bagi diserahkan kepada penyelia kubur di Tanah Perkuburan.

 

  • PERMOHONAN TAPAK KUBUR DAN BAYARAN MELALUI PORTAL MBSCLICK
    1. Waris perlu layari portal MBSClick https://click.mbs.gov.my dan mendaftar akaun bagi pengguna kali pertama.

      mbs click
       
    2. Setelah mendaftar, waris perlu log masuk menggunakan akaun yang telah didaftarkan dan melengkapkan maklumat yang diperlukan.


      click

      epusara

      epusara form
    3. Waris perlu memuat naik dokumen yang diperlukan iaitu:
      • Dokumen pengenalan pemohon (waris)
      • Dokumen pengenalan si mati
      • Dokumen daftar kematian sementara (dikeluarkan oleh pihak hospital/polis)
      • Dokumen Surat Persatuan Kristian (Tanah perkuburan kristian sahaja) ( lampiran 4 )
    4. Selesai membuat bayaran, waris akan mendapat sijil kebenaran pengebumian. (Lampiran 2)
    5. Bayaran bagi Tanah Perkuburan Islam:
      • Warganegara (RM 80)
      • Bukan Warganegara (RM 500)
    6. Bagi Tanah Perkuburan Kristian:
      • Warganegara (RM 300)
      • Bukan Warganegara (RM 500)
    7. Salinan sijil kebenaran pengebumian perlu dibawa ke tapak perkuburan bersama dengan salinan dokumen daftar kematian sementara (Lampiran 3) bagi diserahkan kepada penyelia kubur di Tanah Perkuburan.
  • PERMOHONAN TAPAK KUBUR DAN BAYARAN MELALUI APLIKASI MUDAH ALIH ePUSARA
    1. Waris perlu memuat turun applikasi epusara  di playstore atau applestore dan perlu mendaftar akaun bagi pengguna kali pertama.

      epusara apps

       
    2. Setelah mendaftar waris perlu log masuk menggunakan akaun yang telah didaftarkan dan melengkapkan maklumat yang diperlukan.
    3. Waris perlu memuat naik dokumen yang diperlukan iaitu:
      • Dokumen pengenalan pemohon (waris)
      • Dokumen pengenalan si mati
      • Dokumen daftar kematian sementara (dikeluarkan oleh pihak hospital/polis)
      • Dokumen Surat Persatuan Kristian (Tanah perkuburan kristian sahaja) ( lampiran 4 )
    4. Selesai waris membuat bayaran, waris akan mendapat sijil kebenaran pengebumian. (Lampiran 2)
    5. Bayaran bagi Tanah Perkuburan Islam:
      • Warganegara (RM 80)
      • Bukan Warganegara (RM 500)
    6. Bagi Tanah Perkuburan Kristian:
      • Warganegara (RM 300)
      • Bukan Warganegara (RM 500)
    7. Salinan sijil kebenaran pengebumian perlu dibawa ke tapak perkuburan bersama dengan salinan dokumen daftar kematian sementara (Lampiran 3) bagi diserahkan kepada penyelia kubur di Tanah Perkuburan.
       
  • PERHATIAN
     
    1. Had waktu pengebumian ialah dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 malam sahaja
    2. Majlis hanya mengeluarkan sijil pengebumian dan menyediakan kakitangan bagi menggali dan menyediakan khemah teduhan sahaja.
    3. Sila hubungi kakitangan MBS seperti berikut :
      NAMA PENYELIA LOKASI

      En. Muhammad Syafiq Bin Rosni

      011 2194 4521

      ( Permohonan permit pengebumian dan bayaran mengubur )

      • Tanah Perkuburan Islam Senawang
      • Tanah Perkuburan Islam Ainsdale
      • Tanah Perkuburan Kristian Sikamat Dan Sendayan
      NAMA PENYELIA NAMA PETUGAS LOKASI

      En. Syafiq Syazwan Bin Yacob

      013-2971586

      ( Penyediaan liang )

      • En. Hasnan Bin Abu Asan ( 010-2275358 )
      • En. Muhd Siddiq Bin Abu Kassim ( 018-3129137 )
      • En. Muhammad Rafizal Bin Razuman ( 017-9426009 )

      Tanah Perkuburan Islam Senawang

      • En. Mohd Faizol Bin Abdullah 012-9205 597
      • En. Aminulakhir Bin Zainuddin 011-20506127
      Tanah Perkuburan Islam Ainsdale
      • En. Jagen A/L Paramasevam 014-6091 807
      • En. Vicknesvaran A/L Jayabalan 010-2225606
      Tanah Perkuburan Kristian Sikamat Dan Sendayan
    4. Tanah Perkuburan Makam Tuan Haji Said telah ditutup pada 6/8/2020 manakala Tanah Perkuburan Kristian Sikamat hanya dibuka bagi pengebumian lot kubur yang telah ditempah sebelum JUN 2020.
    5. Pembinaan pusara kekal di atas lot kubur tidak lagi dibenarkan ( Keputusan Mesyuarat Pengurusan MBS Bil 2/2021 bertarikh 29/3/2021)
    6. Jika terdapat sebarang salah laku berhubung pekerja MBS di tanah-tanah perkuburan ini, Sila laporkan segera di talian 06-765 4333 beserta bukti (video / gambar) atau lain-lain dokumen berkaitan.
    7. Waris tidak boleh membawa papan lahad sendiri ke tanah perkuburan. Papan lahad tersebut perlulah ditempah melalui pihak Koperasi MBS dan waris juga hanya boleh menempah kepuk melalui pihak Koperasi MBS sahaja. Tempahan kepuk luar tanpa melalui pihak koperasi adalah dilarang sama sekali.
Lampiran 1
Lampiran 1 - Bil ePusara (Kaunter)
lampiran 2
Lampiran 2 - Sijil Kebenaran Pengebumian
lamp 3
Lampiran 3 - dokumen daftar kematian sementara (Hospital)
lamp 3
Lampiran 3 - dokumen daftar kematian sementara (Polis)
lamp 4
Lampiran 4 - Surat Persatuan Kristian