PRODUK INOVASI MBS


Pada tahun 2023, MBS telah menghantar 3 kumpulan bagi bertanding dalam pertandingan Inovasi & Kreatif peringkat Negeri Sembilan terdiri daripada ;
𝗞𝘂𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗔𝗤𝗔𝗥 - 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗨𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴-𝗨𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 & 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗮𝘁𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮𝗮𝗻, 𝗠𝗕𝗦


𝐏𝐫𝐨𝐝𝐮𝐤 𝐓𝐌 𝐒𝐦𝐚𝐫𝐭 𝐋𝐨𝐜𝐤 dicipta untuk menyelesaikan masalah halangan kenderaan di tempat awam sekaligus untuk menjimatkan tempoh masa sitaankenderaan terbiar yang mendatangkan halangan. Antara punca masalah yang dikenal pasti ialah kelewatan pemilik kenderaan untuk mengalihkan kenderaan yang menghalang kenderaan orang lain, sikap sambil lewa pemandu serta meminimumkan kerosakan harta awam akibat halangan.
𝗞𝘂𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗨𝗿𝗯𝗮𝗻𝗶𝘀𝘁 𝗧𝗶𝘁𝗮𝗻𝘀 -𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 & 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻, 𝗠𝗕𝗦


𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐏𝐞𝐭𝐚 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚𝐤𝐭𝐢𝐟 𝐔𝐀𝐕 dibangunkan Inovasi ini memberikan impak yang positif dari faktor masa dengan kepantasan memaparkan data dan paparan data yang menarik secara visual dan penjanaan laporan bulanan, mengukuhkan skop kerja pegawai, indeks kepuasan pelanggan serta imej jabatan. Projek ini berpotensi untuk digunapakai di semua Kementerian dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkonsepkan pencarian maklumat kawasan bersandarkan Sistem Maklumat Geospatial (GIS).


𝗞𝘂𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗛𝗶𝗷𝗮𝘂 - 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 & 𝗟𝗮𝗻𝗱𝘀𝗸𝗮𝗽, 𝗠𝗕𝗦
𝐏𝐫𝐨𝐝𝐮𝐤 𝐖𝐢𝐥𝐥𝐲𝐩𝐨𝐭 merupakan satu produk inovasi yang terhasil dari usaha ahli Kumpulan Tangan Hijau bagi memudahkan proses mengangkat dan mengalihkan pasu besar Willipot adalah produk inovasi kami di bawah kategori teknikal dan tertumpu kepada pengguna yang terlibat di kebun, taman malahan di rumah dalam mengalihkan pasu-pasu berat yang hanya boleh dialihkan meggunakan tenaga 2-3 orang.
Untuk butiran penuh, sila klik pautan di bawah dan pilih tetapan Hasil Inovasi Majlis.
https://www.mbs.gov.my/ms/warga-mbs
atau maklumat lanjut hubungi urus setia Inovasi MBS di talian : 06-765 4860 / 4791

PRODUK INOVASI MBS PRODUK INOVASI MBS
PRODUK INOVASI MBS