YBhg Dato' Haji Zazali bin Salehudin Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah sudi merasmikan Bilik Gobok Infaq pada pagi ini bertempat di Wisma MBS. YBhg Datuk Bandar sempat melawat dan melihat beberapa hasil sumbangan daripada warga MBS seperti pakaian, barangan asas makanan dan minuman dan lain - lain Turut hadir ialah Encik Mas Midyawan bin Yahya Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban, Encik Adam bin Tahir Penyampai Radio dan Penerbit Negeri FM, Pengarah - pengarah Jabatan dan Ketua - ketua unit serta pegawai dan kakitangan MBS Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban kepada mereka yang memerlukan
|