notis

Sukacita dimaklumkan bahawa tempoh permohonan Pemutihan Penginapan Pekerja di Premis Kediaman yang telah tamat pada 31 Disember 2023 akan dilanjutkan sehingga 29 Februari 2024. Permohonan boleh dibuat di kaunter Jabatan Kawalan Bangunan, Majlis Bandaraya Seremban dengan membawa dokumen yang lengkap.

Sehubungan itu, tempoh pemutihan masih kekal sehingga 31 Disember 2024. Selepas dari tarikh tersebut tiada lagi sebarang penginapan pekerja di premis kediaman yang akan dibenarkan. Pihak majikan atau operator dikehendaki berpindah ke lokasi yang dibenarkan oleh pihak Majlis. Tindakan undang-undang dan penguatkuasaan akan diambil bagi sesiapa yang ingkar dengan arahan ini.

Sebarang pertanyaan atau kekeliruan boleh hubungi di talian 06-765 4925 (ibu pejabat) / 06-798 9007 (cawangan) atau hadir terus ke kaunter Jabatan Kawalan Bangunan, MBS untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.

Datuk Bandar
Majlis Bandaraya Seremban