Page 4 - MPSNS FLIPBOOK
P. 4
PENGENALAN (INTRODUCTION)
Bandar Seremban terletak lebih kurang 76 meter di atas
paras laut dan 30 km dari pantai, dalam kawasan Lembah Sungai
Linggi di kaki Banjaran Titiwangsa. Ia merupakan Ibu Negeri
kepada Negeri Sembilan iaitu merupakan salah satu Negeri di
Semenanjung Malaysia. Dari segi topografi, sebahagian besar
Daerah Seremban adalah mendatar di mana di kawasan inilah
bermulanya pembangunan Bandar Seremban semenjak kurun
ke 14, era British sehinggalah ke hari ini. Bandar Seremban
juga merupakan lokasi yang strategik untuk pembangunan
perniagaan, perumahan dan destinasi pelancong kerana
ia terletak di tengah jajaran Lebuh Raya Utara Selatan dan
hanya 45 minit sahaja daripada Kuala Lumpur serta 30 minit
sahaja ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Dari sudut Sejarah Seremban dipercayai mendapat
namanya dari permainan tradisional ” Sarimban ” iaitu
sejenis permainan yang menggunakan batu-batu kecil
dan amat diminati oleh kaum Cina untuk dimainkan
dimasa lapang berhampiran dengan Stesen Keretapi.
Seremban City is about 76 meters above sea level and 30 km
from the coastline within the valley of Linggi River and nearby
the Titiwangsa Range. Seremban is also the capital of Negeri
Sembilan, one of the state in Peninsular Malaysia. Till today,
Seremban’s geography is strategic for development purpose
since the 14th century of British. The city is also strategic for
business development the housing and tourist destinations.
Located in the middle of North-South Expressway, Seremban
is only 45 minutes away from Kuala Lumpur and 30
minutes from Kuala Lumpur International
Airport (KLIA). Seremban is believed to
be named after a traditional local game
called “Sarimban” whereas the game
was usually played by the Chinese
citizens of the city by using small stones
and played near at the train station.
3 4