Tuan Mas Midyawan bin Yahya Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban bersama Ketua Jabatan dan Ketua Unit MBS telah meluangkan masa pada hari ini untuk mengelilingi bandar raya Seremban dengan menggunakan perkhidmatan Bas Percuma Bandar Raya Seremban.

Penggunaan bas percuma ini sangat efisien dengan masa perjalanan dari Wisma MBS ke Terminal One Seremban hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit. Disamping itu, bas percuma ini juga menggunakan teknologi NGV sekaligus dapat mengurangkan karbon di bandar raya ini.

Inisiatif yang dilaksanakan oleh MBS ini adalah untuk memberi sokongan serta mempromosi dalam menggalakkan lagi orang ramai khususnya warga bandar raya Seremban untuk memanfaatkan lagi kemudahan yang telah disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri Sembilan.

Laluan bas percuma ini melibatkan kawasan seperti Terminal 1, Wisma MBS, Pusat Dakwah dan UTC Ampangan serta lain-lain laluan di sekitar bandar raya Seremban.

Bas percuma ini beroperasi pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam, manakala pada hari Sabtu, Ahad serta cuti umum, bas akan beroperasi bermula jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang.

Adalah diharapkan dengan adanya bas percuma seperti ini dapat meringankan beban kepada mereka yang memerlukan tanpa mengeluarkan kos untuk menaiki pengangkutan awam.

 

BAS PERCUMA BANDAR RAYA SEREMBAN

 

BAS PERCUMA BANDAR RAYA SEREMBAN

 

BAS PERCUMA BANDAR RAYA SEREMBAN

 

BAS PERCUMA BANDAR RAYA SEREMBAN

 

BAS PERCUMA BANDAR RAYA SEREMBAN

 

BAS PERCUMA BANDAR RAYA SEREMBAN