Projek menaiktaraf dan ubahsuai Pusat Pengangkutan Terminal 1 Seremban akan menjadi sebuah Terminal Pengangkutan Pintar bertaraf Gred A. Bangunan yang telah berusia lebih 30 tahun ini akan berwajah baru serta di ubah suai dengan kerja penambahbaikan kemudahan kaunter tiket berpusat, ruang menunggu berhawa dingin yang lebih selesa dan sistem pengurusan terminal yang terkini.
Projek ini bertujuan untuk menaikkan imej Terminal 1 Seremban sebagai salah satu bangunan ikonik di Bandaraya Seremban dengan kemudahan awam yang bertaraf digital di samping memberi keselesaan kepada warga Negeri Sembilan yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.
Maklumat sedang dikemaskini
Maklumat sedang dikemaskini