MAJLIS PENYERAHAN SURAT TAWARAN KEPADA PENIAGA
Seremban, 24 Disember 2024 - Tuan Mas Midyawan bin Yahya, Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban telah meluangkan masa hadir ke Majlis Penyerahan Surat Tawaran Kepada Peniaga di Gerai Jalan Dato' Hamzah 1 dan 2, Seremban. Untuk makluman, MBS telah menjalankan kerja-kerja penambahbaikan di kedua-dua lokasi gerai bermula pada Jun 2024 sehingga September 2024 bagi tujuan keselesaan para peniaga dan pelanggan. MBS juga telah menjenamakan semula pusat perniagaan ini daripada Gerai Pejabat Pendidikan Seremban kepada Gerai Jalan Dato' Hamzah 1 dan Gerai Pejabat Daerah & Pendidikan (kraftangan) kepada Gerai Jalan Dato' Hamzah 2 Seremban. MBS telah menawarkan sebanyak 6 unit gerai kepada peniaga bermula 4 November 2024. Pada majlis tersebut, MBS telah menyampaikan sumbangan berbentuk bekas makanan dan plastik biodegradasi kepada peniaga-peniaga tersebut bagi menyokong usaha ke arah Kempen Tanpan Beg Plastik.
Hadir sama semasa majlis diadakan ialah YB Puan Nicole Tan Lee Koon, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan merangkap ADUN Bukit Kepayang dan En. Lee Kai Yet dan En. Chong Say Hoo Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seremban serta Ketua Jabatan dan Ketua Unit MBS.