PERHIMPUNAN MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN BIL.1/2024.
Nilai, 5 Januari 2024 - YBhg. Dato’ Masri bin Haji Razali telah hadir ke Perhimpunan Majlis Bandaraya Seremban Bil.1/2024 yang diadakan di Dewan Perbandaran Nilai. Perhimpunan kali ini turut memperkenalkan barisan Ahli Majlis MBS yang baharu.
Tahun 2024 merupakan ulang tahun keempat Majlis Bandaraya Seremban setelah dinaiktaraf pada 1 Januari 2020. Turut diadakan adalah Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Bagi Tahun 2023. Satu Majlis bagi penyampaian hadiah kepada pemenang akan diadakan pada 17 Januari 2024 di Wisma MBS.