rumah n9

Rumah Negeri Sembilan

Kampung Air Garam, Mambau

 

Menurut catatan, Rumah Negeri Sembilan telah dibina sejak 1898. Sebelum ini, rumah ini adalah milik Undang Sg. Ujong yang terletak di Kampung Air Garam, Mambau. Pada tahun 1980 an, rumah ini dipindahkan ke tapak Kompleks Taman Seni Budaya sebagai muzium. Selain itu, pada tahun 1924 rumah ini pernah di bawa oleh Inggeris ke London bagi Pameran Great Wembley. Rumah Negeri Sembilan ini mendapat pengiktirafan Bangunan Warisan Kebangsaan pada tahun


ampang-tinggi

Istana Ampang Tinggi

Daerah Seremban

 

Istana Kayu ini terdiri daripada beberapa panel berukir halus dan sepasang pintu gelangsar berat yang tidak boleh ditemui sebarang tempat di Semenanjung Malaysia. Dahulunya, Istana ini telah dibina di atas permatang yang menghala ke sebuah sawah padi yang luas.Rumah ini bina oleh Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan yang 5 iaitu Yam Tuan Ulin (yang dikenali Yam Tuan Imam) yang memerintah dari tahun 1861-1869.

 
white house seremban

White House Seremban

 

Pejabat SUK lama (White House) yang terletak di Jalan Dato’ Hamzah mula dibina pada tahun 1912 oleh Arthur Benison Hubback. Bangunan ini berbentuk memanjang dan beranjung serta mempunyai ciri-ciri reka bentuk bangunan British. Bangunan ini kini menjadi hak milik Kerajaan Negeri Sembilan. Pada dahulunya, bangunan ini merupakan Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 1959 an. Menteri Besar menduduki sebuah bilik sederhana di bahagian tengah tingkat atas perjabat berkenaan dengan dibantu antara lainya oleh Seorang Setiausaha Sulit, seorang Steno dan seorang Penyelenggara Pejabat. Bangunan ini juga menempatkan Mahkamah Tinggi Seremban dan Majlis Negeri (Dewan Undangan Negeri).

bekas pejabat daerah

Bekas Pejabat Daerah dan Jabatan Ukur

 

Bangunan bekas pejabat daerah dan jabatan ukur ini dibina pada tahun 1912. Bangunan ini dijadikan kediaman pegawai British semasa zaman pentadbiran Kapten Murray. Bangunan ini mempunyai ciri-ciri senibina kolonial dengan dua aras ketinggian yang menggunakan batu-bata merah dan lantai di aras duanya menggunakan kekemasan kayu.

 
masjid jamek

Masjid Jamek, Seremban

 

Masjid ini telah dibina semula pada tahun 1900 di atas tapak masjid asal yang dibina daripada kayu merupakan antara masjid tertua di Negeri Sembilan dan diiktiraf oleh Jabatan Warisan Negara sebagai ‘Warisan Kebangsaan’. Dahulunya masjid ini tempat berkumpul para jemaah yang hendak ke tanah suci. Mengikut catatan sejarah, tapak masjid itu diwakafkan Dato Bandar Haji Ahmad Ali dan keluarga Sheikh Abdul Kadir yang dikatakan antara pendakwah terkenal ketika itu. Masjid ini terletak di Jalan Tun Dr Ismail.

stesen keretapi seremban

Stesen Keretapi Seremban

 

Stesen kereta api Seremban dibina diantara 1904 hingga 1910 dengan kos sebanyak RM26,000.00. Dahulunya sistem keretapi ini diurus oleh Sungai Ujong Railway Co. Ltd sebelum di ambil alih Federated Malay States Railways (FMSR) pada tahun 1908 dan Kemudian Keretapi Tanah Melayu mengambil alih tanggungjawab mengelola semua landasan di Malaya pada tahun 1948. Stesen ini terus menawarkan layanan kereta api antara bandar di sepanjang Jalur Utara-Selatan serta menawarkan perkhidmatan pengiriman barang.

 

Sekolah Menengah KGV, Seremban

 

SMK KGV (Government English School) pertama kali dilancarkan pada 15 Januari 1923 di dalam sebuah bangunan stesen kereta api. Pada 7 Oktober 1926, bangunan utama sekolah ini mula dibina dan telah dirasmikan oleh W.G. Ormsby Gore pada 23 April 1928. SMK KGV pernah dijadikan sebagai hospital pada zaman pemerintahan Jepun. Bilik dewan utama sekolah pernah dijadikan bilik penyeksaan oleh askar Jepun.