Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah mengadakan lawatan kerja ke Majlis Bandaraya Seremban (MBS) yang disambut oleh YBhg Dato’ Haji Zazali bin Salehudin Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban. Lawatan ini telah diketuai oleh Tuan Haji Lizan bin Che Mat Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis, Ketua Jabatan, pegawai dan kakitangan MPD. Lawatan ini bertujuan bagi perkongsian kaedah kelulusan permohonan pemajuan MBS bersama MPD. Hadir sama ialah Tuan Mas Midyawan bin Yahya Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban, Ketua Jabatan dan Ketua Unit MBS, pegawai dan kakitangan MBS. |
|