Cabutan Bertuah 2024

Syarat dan kriteria yang melayakkan pembayar cukai taksiran menyertai cabutan bertuah ini ialah: -

  1. Terbuka kepada semua pemegang akaun cukai taksiran di dalam kawasan Majlis Bandaraya Seremban berumur 18 tahun ke atas.
     
  2. Bayaran cukai taksiran secara atas talian dengan membuat bayaran penuh tunggakan (sekiranya ada), bil cukai taksiran semasa penggal kedua 2024 dan bayaran bil semasa penggal pertama tahun 2025.
     
  3. Pembayaran perlu dijelaskan dalam tempoh kempen yang   ditetapkan iaitu bermula pada 1 Julai 2024 hingga 25 Disember 2024.
     
  4. Pembayaran atas talian boleh dibuat di agensi kutipan yang sah, yang telah dilantik oleh Majlis.
     
  5. Pembayar perlu menjelaskan semua tunggakan dengan Majlis termasuk sewaan, kompaun, lesen perniagaan serta apa-apa sahaja bayaran yang berkaitan dengan Majlis.
     
  6. Peserta kempen perlu mengemaskini maklumat terkini iaitu maklumat email dan nombor telefon bimbit terkini bagi melayakkan penyertaan. Kemaskini maklumat ini boleh dilakukan di https://click.mbs.gov.my (Permohonan Kemaskini Maklumat Harta)
     
  7. Peserta kempen hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.

 

Hadiah utama berupa sebuat kereta Perodua Axia (Auto), motosikal serta barangan gajet digital telekomunikasi dan baucer tunai.

 

Tertakluk kepada terma dan syarat. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 06-7654376/ 4373/ 4389. WhatApp 0122457759.