YBhg. Dato' Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah mengadakan lawatan dan perbincangan di QL Poultry Farm, Pajam. Lawatan ini turut dihadiri oleh YB Tuan Arul Kumar A/L Jambunathan, ADUN Nilai, Ahli-ahli Majlis MBS, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, Jabatan Perkhidmatan Verterinar Negeri Sembilan dan Pejabat Daerah & Tanah Seremban.

Lawatan & perbincangan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan solusi dan penyelesaian terbaik

bagi mengatasi aduan bau yang menyebabkan ketidakselesaan penduduk di kawasan sekitar sini. Pada masa yang sama, pihak pengilang turut menerangkan proses-proses kerja dan alternatif-alternatif yang pengilang telah lakukan bagi mengurangkan bau yang terhasil.

Datuk Bandar juga menjelaskan bahawa isu bau ini perlu ditangani dan memohon pihak pengilang perlu meneliti semula proses-proses kerja yang dilakukan serta mendapatkan pandangan dari Kerajaan Negeri Sembilan & Jabatan-Jabatan berkaitan supaya isu bau dapat diminimumkan demi menjaga kesejahteraan penduduk-penduduk.

LAWATAN TURUN PADANG DATUK BANDAR DI QL POULTRY FARM, PAJAM