Seremban | 15 Ogos 2024 - YBhg. Dato' Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Kamera Badan kepada Penguat Kuasa Majlis Bandaraya Seremban di Wisma MBS.

Sebanyak 12 unit kamera badan akan digunakan oleh penguat kuasa sepanjang 8 jam waktu bertugas dan semasa operasi penguatkuasaan terancang.

Majlis Bandaraya Seremban merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama menggunakan kaedah kamera badan semasa bertugas oleh penguat kuasa dan sekaligus dapat meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang.

Kamera badan ini bukan saja dapat memberikan bukti yang boleh dipercayai dalam siasatan dan prosiding undang-undang malah Majlis Bandaraya Seremban juga telah menetapkan garis panduan yang jelas mengenai penggunaan, penyimpanan serta pengurusan data yang diperolehi melalui kamera badan.

Majlis percaya dengan adanya kamera badan ini akan membina kepercayaan yang lebih kukuh antara warga bandar raya Seremban dengan Majlis Bandaraya Seremban. Ia juga dapat memastikan setiap tindakan penguatkuasaan yang diambil adalah adil, telus dan profesional.

Kamera Badan Kamera Badan
   
Kamera Badan Kamera Badan