PERMOHONAN PEMBINAAN BONGGOL JALAN (HUMP) DI DALAM TAMAN PERUMAHAN
CARA-CARA UNTUK MEMOHON:
- Mengisi borang permohonan dengan lengkap dan mengemukakan permohonan tersebut melalui Yang Berhormat, Ahli Majlis, Persatuan Penduduk, atau Rukun Tetangga.
- Permohonan perlu menyertakan sebab-sebab permohonan serta pelan tapak atau lokasi dimana kedudukan bonggol jalan yang dicadangkan.
- Permohonan dikehendaki menyertakan surat persetujuan atau tandatangan daripada penghuni rumah dimana bonggol yang akan di bina di hadapan rumahnya (sekurang-kurangnya 4 buah rumah yang terlibat).
KRITERIA DAN SYARAT PEMBINAAN BONGGOL (HUMP):
- Keutamaan kepada jalan dalam taman perumahan, jalan yang sibuk seperti jalan yang menghubungkan antara taman-taman perumahan mengikut kelulusan Pegawai Penguasa.
- Berhampiran kawasan tumpuan orang awam seperti masjid/surau atau rumah ibadat, dewan, taman permainan/tempat rekreasi, padang, sekolah/tadika dan lain-lain.
- Jarak di antara bonggol jalan sedia ada yang bersesuaian mengikut kelulusan Pegawai Penguasa.
- Tidak terdapat petak tempat letak kereta di kiri atau kanan jalan atau keduaduanya.
- Tidak menghalang laluan keluar/masuk ke rumah yang berdekatan dengan lokasi permohonan.
- Permohonan pembinaan bonggol di lokasi berhampiran dengan persimpangan jalan/utiliti sedia ada adalah tidak dibenarkan.
Muat Turun Borang Permohonan Pembinaan Bonggol Jalan (Hump) :