Majlis Pecah Tanah Pusat Perdagangan XME Sime Darby Property Nilai Impian, Nilai telah diadakan pada petang ini. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan Turut hadir ialah YB Dato' Haji Zulkefly Mohamad bin Omar, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, YB Dato' Dr. Haji Razali bin Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mohamad Rafie bin Ab Malek, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, Ahli - Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri, YBhg. Dato' Haji Zazali bin Salehudin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban serta Tuan Mas Midyawan bin Yahya, Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban. Majlis Bandaraya Seremban akan memudahkan pembangunan di Malaysia Vision Valley (MVV) 2.0 sebagai 'game changer' Bandar Raya Seremban. |