Majlis Bandaraya Seremban telah mengadakan Majlis Perasmian Ruang Niaga Tingkat Atas Pasar Besar Seremban pada hari ini yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan Turut hadir pada majlis ini ialah barisan kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri Sembilan, barisan ketua jabatan peringkat persekutuan dan negeri, YBhg. Dato’ Haji Zazali bin Salehudin Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, Encik Mas Midyawan bin Yahya Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban, ketua jabatan dan ketua unit MBS, pegawai dan kakitangan MBS, peniaga - peniaga Pasar Besar Seremban serta pihak media
|