Kerajaan Negeri Sembilan telah melancarkan inisiatif perkhidmatan Bas Percuma Bandar Raya Seremban dan pelancaran kalendar acara - acara pelancongan di Negeri Sembilan tahun 2020 yang dilancarkan oleh YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan bertempat di Medan Selera Ampangan, Seremban

Laluan bas percuma ini melibatkan kawasan Terminal 1, Wisma Majlis Bandaraya Seremban, Pusat Dakwah dan UTC Ampangan.

Bas - bas percuma ini beroperasi setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam, manakala pada hari Sabtu, Ahad serta cuti umum, bas akan beroperasi bermula jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang

Turut hadir pada majlis pelancaran ini ialah barisan kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri Sembilan, YBhg. Dato’ Haji Zazali bin Salehudin Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, pegawai dan kakitangan MBS, pihak media dan penduduk setempat
 
MAJLIS PELANCARAN PERKHIDMATAN BAS PERCUMA BANDAR RAYA SEREMBAN TAHUN 2020