YBhg. Dato’ Haji Zazali bin Salehudin Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah melakukan lawatan melihat persiapan bagi pembukaan Kolam Renang Awam dan Pusat Akuatik Paroi. Pihak MBS melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat & Pelancongan telah mengambil langkah dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan MalaysiaTurut hadir bersama pada lawatan YBhg. Datuk Bandar ini ialah Encik Saiful Azuar bin Ahmad Jadi Pengarah Pembangunan Masyarakat & Pelancongan MBS, Encik Alias bin Mansor Ketua Unit Komunikasi Korporat MBS, para pegawai dan kakitangan MBS |