YBhg. Dato’ Haji Zazali bin Salehudin Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah hadir ke Vision City Sales Gallery bagi melihat kemajuan terkini projek Gembox dan Youth City yang sedang rancak dibangunkan oleh pihak pemaju GD Holdings Sdn. Bhd. Dalam lawatan ini, YBhg. Datuk Bandar telah diberikan taklimat terperinci berkenaan projek tersebut dan turut dibawa ke lawatan tapak bagi melihat perkembangan terkini projek secara dekat. Hadir sama pada lawatan ini ialah Encik Mas Midyawan bin Yahya Setiausaha MBS, Ketua Jabatan dan pegawai MBS. Semoga projek yang sedang dibangunkan di Bandar Raya Seremban ini dapat terus menjadikan bandar raya yang Mampan, Bersih dan Sejahtera. |