Majlis Bandaraya Seremban, Jabatan Perancangan Pembangunan telah menyertai Anugerah Kejiranan Hijau (AKH) 2020 anjuran bersama Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan PLANMalaysia. Terdapat 2 kategori anugerah yang melibatkan penyertaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Penyediaan Laluan Pejalan Kaki dan Penyediaan Laluan Basikal. Pihak MBS telah bersetuju untuk memilih Kota Seriemas, Nilai dan Forest Heights, Seremban sebagai kawasan yang berpotensi untuk dicalonkan dalam kategori tersebut. |