YBhg. Dato’ Haji Zazali bin Salehudin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah menerima lawatan kerja daripada YBhg. Dato’ Haji Noor-Ihsan bin Haji Che Mat Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan. Lawatan kerja ini bertujuan bagi melawat Pasar Besar Seremban, Projek Pembinaan Pasar Baru Ampangan dan Tempat Letak Kenderaan Bertingkat. Lawatan kerja ini turut dihadiri oleh YB Dato’ Dr. Razali bin Ab Malik Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Pn. Samilah binti Mashuri Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan dan En. Abdul Solehin bin Abdul Rahim Penolong Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Tn. Mas Midyawan bin Yahya Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban, Ketua Jabatan dan Ketua Unit serta pegawai dan kakitangan Majlis Bandaraya Seremban. YBhg. Dato’ Haji Noor-Ihsan juga telah berkesempatan melawat Taman Tasik Seremban iaitu salah satu produk pelancongan yang terdapat di Seremban.
|