Ybhg. Dato’ masri bin haji razali, datuk bandar majlis bandaraya seremban telah menerima 100 set bakul makanan harapan 2021 negeri sembilan melalui persatuan belia berkemahiran rasah. Bantuan ini adalah untuk kakitangan majlis yang memerlukan bantuan bakul makanan akibat pandemik covid-19. Turut hadir semasa penyampaian ialah en. Awa hoi choong ahli majlis mbs, tn. Mas midyawan bin yahya setiausaha mbs, en. Alias bin mansor ketua unit komunikasi korporat mbs, en. Sim keng piao pengarah program dan en. Fazil samsir penyelia logistik program. Terima kasih diucapkan kepada pihak persatuan. |