YBhg. Dato’ Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah merasmikan Bengkel Pindaan Garis Panduan Perancangan Gated Community & Guarded Neighbourhood Majlis Bandaraya Seremban di Klana Resort, Seremban. Bengkel yang dianjurkan oleh Jabatan Perancangan Pembangunan Majlis Bandaraya Seremban telah mendapat penyertaan daripada pelbagai agensi seperti PLAN@Malaysia Negeri Sembilan, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan, Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan, Tenaga Nasional Berhad, Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban dan Nilai, Sime Darby Berhad, IJM Land Berhad, Matrix Concepts Holdings Berhad dan OSK Property. Turut hadir semasa perasmian ialah En. Mohd Faizal Nizam bin Md Zain, Ketua Penolong Pengarah Kanan Ketua Unit Penyelidikan Guna Tanah, Industri, Perniagaan, Perumahan, Kemudahan Sosial, Infrastruktur dan Utiliti Tanah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan PLAN@Malaysia, En. Hamzah bin Tajuddin, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Majlis Bandaraya Shah Alam, Tn. Mas Midyawan bin Yahya, Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua Unit dan Pegawai-Pegawai Majlis Bandaraya Seremban.
|