Majlis Bandaraya Seremban telah menerima Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Majlis Bandaraya Seremban bagi tahun berakhir 31 Disember 2021. Penyerahan sijil ini telah disampaikan oleh Cik Zainab bin Ahmad, wakil daripada Jabatan Audit Negara. Turut hadir pada sesi penyerahan tersebut ialah, Puan Anizahaton binti Kamaludin, Pengarah Jabatan Kewangan MBS, Encik Muhamad Shahizad bin Saleh, Ketua Unit Audit Dalam MBS, Puan Ruhiyati Idayu binti Mohamad Jali, Timbalan Pengarah Jabatan Kewangan MBS & Pegawai Akauntan MBS.
|