Pertandingan anjuran Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Pelancongan MBS, yang berlansung di Kompleks Sukan Negeri Paroi itu mendapat penyertaan daripada 20 pasukan kategori lelaki dan 4 pasukan kategori wanita. Juara meraih wang tunai sebanyak RM 1500, Medal dan Piala Pusingan. Turut hadir pada sesi penyampaian hadiah ialah Ahli-Ahli Majlis MBS, Tuan Mas Midyawan bin Yahya, Setiausaha MBS dan Ketua-Ketua Jabatan/Unit MBS. Tahniah diucapkan kepada kesemua pemenang & pesukan yang telah mengambil bahagian pada edisi kali ini.
|