YBhg. Dato’ Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah merasmikan Karnival Kesihatan Majlis Bandaraya Seremban Tahun 2023 anjuran Badan Kebajikan Islam (BAKI) MBS di Wisma MBS. YBhg. Datuk Bandar turut berkesempatan untuk melawat kaunter-kaunter pameran, yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Antara agensi yang terlibat pada karnival kesihatan kali ini adalah PTPTN, LPPKN, JHEAINS, HOSPITAL TUANKU JAAFAR, PERKESO, CUEPACS, PUSAT OPTIK MUTIARA dan lain- lain lagi. Turut hadir pada majlis pagi tadi, TPr Mohd Daud bin Ahmad, Yang Dipertua Badan Kebajikan Islam (BAKI) MBS, Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua Unit MBS serta warga kerja MBS.
|
|