Lawatan United Nations Capital Development Fund (UNCDF) bagi Program Smart Green Asean Cities(SGAC)
Seremban, 22 Mei 2023 - YBhg. Dato’ Masri bin Razali, Datuk Bandar MBS dan Tuan Mas Midyawan Bin Yahya, Setiausaha MBS telah menerima Lawatan Delegasi daripada United Nations Capital Development Fund (UNCDF) bagi Scopping Mission SGAC , dimana Seremban diantara bandar yang menjadi Pilot City bagi program ini.
Program Smart Green ASEAN Cities (SGAC) merupakan program anjuran Asean Working Group On Environmentally Sustainable Cities (AWGESC) untuk membangunkan inisiatif penyelesaian pintar dan digital dalam menangani isu-isu alam sekitar dan perubahan iklim.
Delegasi UNCDF turut dibawa melawat ke Muzium Negeri serta menikmati juadah ala kampung dengan “Makan Bersilo” serta berpeluang melawat Lorong Seni Seremban.