𝐁𝐀𝐘𝐀𝐑 𝐑𝐌𝟏𝟐𝟓.𝟒𝟎, 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐑𝐄𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐎𝐃𝐔𝐀 𝐁𝐄𝐙𝐙𝐀 𝐑𝐌𝟑𝟓,𝟎𝟎𝟎
Seremban, 17 Januari 2024- 𝙏𝙪𝙖𝙝 𝙖𝙮𝙖𝙢 𝙣𝙖𝙢𝙥𝙖𝙠 𝙙𝙞 𝙠𝙖𝙠𝙞, 𝙩𝙪𝙖𝙝 𝙢𝙖𝙣𝙪𝙨𝙞𝙖 𝙨𝙞𝙖𝙥𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙖𝙝𝙪? Siapa sangka dengan bayaran RM125.40 cukai taksiran termasuk tunggakan, En Safiai bin Gafar telah berjaya memenangi sebuah kereta Perodua Bezza.
Ini semua berlaku, setelah beliau dinobatkan sebagai pemenang hadiah utama cabutan bertuah kerana telah melakukan transaksi pembayaran bagi cukai taksiran secara atas talian dengan bayaran penuh sehingga 30 Jun 2024. Kempen bayaran cukai taksiran dengan bayaran penuh secara atas talian telah dianjurkan MBS mulai 1 Julai 2023 sehingga 25 Disember 2023 yang lalu.
Berdasarkan sesi cabutan yang telah berlangsung pada 5 Januari 2024, seramai 35 pemilik akaun telah berjaya diangkat sebagai pemenang cabutan bertuah kempen ini. Majlis penyampaian hadiah, telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar MBS di ruang legar Wisma MBS.
MBS akan sentiasa meneruskan inisiatif kempen bayaran cukai taksiran seperti ini dan pastinya hadiah yang lebih menarik bakal ditawarkan kepada pemenang-pemenang yang bertuah untuk kempen akan datang.
Turut hadir sama pada sesi penyampaian hadiah, Ahli-Ahli Majlis MBS, Tuan Mas Midyawan bin Yahya, Setiausaha MBS, Ketua Jabatan & Unit MBS serta pemilik pemilik akaun yang berjaya. Tahniah diucapkan kepada kesemua pemenang-pemenang cabutan bertuah pada kali ini.