MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN TELAH MENERIMA ANUGERAH ASEAN CLEAN TOURIST CITY STANDARD 2024 - 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN
Sebanyak 7 indikator yang telah dinilai dan berjaya dipatuhi oleh Majlis Bandaraya Seremban iaitu:
- Pengurusan Alam Sekitar
- Kebersihan
- Pengurusan Sisa
- Peningkatan Kesedaran Perlindungan Alam Sekitar
- Kawasan Hijau
- Keselamatan Kesihatan dan Keselamatan/Keselamatan Bandar
- Infrastruktur dan Kemudahan Pelancongan
Anugerah telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Roslan bin Tan Sri Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya. Turut hadir YBhg. Dato' Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar MBS dan Puan Azura binti Abu Hassan, Pengarah Pembangunan Masyarakat dan Pelancongan MBS.
Pihak Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas kerjasama 🤝 yang erat dan komitmen yang tinggi daripada agensi-agensi kerajaaan dan swasta dalam menjayakan anugerah ini.
|
|
|
|