PROGRAM IBADAH KORBAN 1446H BAKI MBS
Seremban, 10 Jun 2025 - Badan Kebajikan Islam MBS Baki Mbs telah melaksanakan Program Ibadah Korban 1446H di Taman Malaysia, Seremban. Pada tahun ini sebanyak 5 ekor lembu telah dikorbankan. Dua ekor daripadanya merupakan sumbangan daripada YTM Dato' Undang Luak Johol dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (YAPEIM). Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi berjalan dengan lancar dan agihan daging bermula pada 12:00 tengah hari telah diagihkan kepada ahli-ahli Badan Kebajikan Islam MBS dan disedekahkan ke beberapa penduduk di PPRT Lobak. Turut hadir sama dan menyumbang tenaga pada program ini ialah TPr Mohd. Daud bin Ahmad, Yang dipertua Badan Kebajikan Islam MBS, Ketua-ketua Jabatan Unit dan Warga MBS.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |












