PUSAT PANDU LALU KITARECYCLE
Sime Darby Property Berhad dengan kerjasama SWM Environment telah membangunkan dua buah Pusat Pandu Lalu KITARecycle di Nilai Impian dan Bandar Ainsdale sebagai sebahagian usaha memupuk budaya kitar semula dalam kalangan komuniti perbandaran. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Wira M Noor Azman, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Turut hadir, YB Arul Kumar a/l Jambunathan, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan; Dato’ Ir Ts Gs Dr Mohd Azhar bin Abd Hamid, Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara; Ir Ts Br Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban; Tuan Hee Loy Sian, Pengerusi SWCorp Malaysia; Ir Zulkifli bin Tamby Chik, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Teknikal) SWCorp Malaysia; Faizal bin A. Hamid, Timbalan Ketua Pegawai Operasi Pembangunan Perbandaran Sime Darby Property; dan Mohd Norlisam bin Mohd Nordin, Pengurus Besar Korporat SWM Environment. Sehingga Mei 2025, sebanyak 20.6 tan barangan kitar semula berjaya dikutip di Bandar Ainsdale, manakala di Nilai Impian, program KITARecycle mencatatkan kutipan keseluruhan 14.6 tan melalui inisiatif Mobile Bergerak dan Pusat Pandu Lalu. Inisiatif ini menyokong aspirasi negara ke arah ekonomi kitaran dan pengurangan sisa pepejal ke tapak pelupusan. Bersama kita amalkan kitar semula demi kelestarian alam. Hantar bahan kitar semula anda ke fasiliti KITARecycle hari ini dan nikmati ganjaran mata KITARecycle!
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |








