CUCIAN JALAN TANPA DEBU DI LORONG SENI, SEREMBAN
SWM Environment dengan kerjasama SWCorp Negeri Sembilan dan Majlis Bandaraya Seremban telah melaksanakan kerja cucian jalan di Lorong Seni, Seremban — antara lokasi tumpuan kreatif dan riadah warga bandar. Sebanyak 2 buah jentera water jet dan 8 anggota pembersihan telah ditugaskan bagi memastikan kawasan ini kekal bersih, bebas debu dan lebih selesa untuk komuniti. Program ini adalah salah satu lokasi yang ditetapkan daripada 16 buah lokasi bagi tujuan program khas ini demi mewujudkan persekitaran yang lebih bersih dan mampan untuk semua. Bersama kita jaga kebersihan persekitaran!
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




