PROGRAM GOGREEN MBS ‘KENALI SENIBINA HIJAU’

Kuala Lumpur, 7 Ogos 2025 – Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dengan kerjasama TRX City Sdn. Bhd. dan Green Building Index (GBI) telah menganjurkan Program GoGreen MBS 2025 “Kenali Senibina Hijau” yang dikelolai oleh Jabatan Kawalan Bangunan (JKB) MBS, diketuai oleh Pengarah Kawalan Bangunan, Pn. Norhezlin binti Amat. Tahun ini,mengekalkan konsep pembelajaran diluar kelas (outdoor learning) dimana pihak MBS membawa para pelajar mengenali senibina hijau dengan lebih dekat dengan menjadikan pembangunan ikonik The Exchage TRX, K.Lumpur sebagai rujukan diantara bangunan hijau terbaik yang terdapat di Malaysia. Lawatan disertai oleh 25 orang pelajar Tingkatan 4 dan 2 orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Dato’ Mohd Said, Nilai, bersama beberapa orang wakil jabatan teknikal MBS. Majlis pelepasan peserta telah disempurnakan oleh YB Dato’ Masri bin Haji Razali, mantan Datuk Bandar Seremban, diiringi oleh Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Yusof, Setiausaha MBS bersama para Pengarah Jabatan dan Ketua Unit MBS di Pejabat MBS Cawangan Nilai. Sebagai gimik pelepasan, YB Dato’ turut menyerahkan papan persembahan (presentation board) kepada wakil setiap kumpulan pelajar yang akan digunakan untuk pembentangan hasil lawatan nanti. The Exchange TRX dipilih kerana menjadi contoh pembangunan hijau terbaik di Malaysia, juga mendapat taraf Platinum yang diiktiraf di bawah GBI. TRX bukan sekadar sebuah mercu tanda seni bina moden dan senibina hijau, malah menunjukkan kecemerlangan dalam kelestarian melalui:

✅ Fasad berprestasi tinggi
✅ Sistem pencahayaan cekap tenaga
✅ Pengurusan air yang canggih
✅ Penggunaan bahan mesra alam & pengurangan sisa

Sepanjang program, pelajar juga terlibat dalam pelbagai aktiviti berkonsepkan kelestarian alam sekitar menggunakan bahan kitar semula, yang menggalakkan kreativiti serta meningkatkan kesedaran terhadap kelestarian alam. Program ini diharap dapat menyemai semangat generasi muda untuk menjadi pemimpin hijau masa depan demi membina Malaysia yang lebih mampan. Pihak MBS merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak TRX City, GBI dan Sekolah Menengah Dato' Mohd Said diatas kerjasama dan komitment yang diberikan dalam menjayakan program ini.

PROGRAM GOGREEN MBS ‘KENALI SENIBINA HIJAU’ PROGRAM GOGREEN MBS ‘KENALI SENIBINA HIJAU’