To all golf lovers, Seremban is the perfect choice to enjoy golf with your friends. With internationally acclaimed golf course, and good facilities make the locations within the Seremban area a premier choice for international golf players. Let’s go and plan your vacations in Seremban!
Seremban International Golf Club (SIGC)
Jalan Seremban Kuala Pilah
Terletak di Jalan Seremban Kuala Pilah iaitu bersebelahan Taman Golf Hight Paroi. Dibuka pada tahun 1952 oleh pekerja pekerja British. Telah dibuka untuk beberapa kejohanan amatur dan antarabangsa. Padang ini mempunyai sebanyak 18 lubang ini telah dikunjungi oleh pemain bertaraf dunia seperti Vijay Singh dan Robert Allenby.
70710 Seremban,
Negeri Sembilan
Nilai Spring & Country Club
Bandar Baru Nilai Seremban
Terletak di Bandar Baru Nilai Seremban berhampiran dengan KLIA dan Kuala Lumpur hanya 20-30 minit perjalanan ia merupakan padang golf yang dibina dengan jumlah lubang sebanyak 27 lubang. Nilai Spring & Country Club juga mengetengahkan konsep perniagaan dan lokasi percutian. Resort ini mudah untuk diakses melalui Lebuh Raya Utara Selatan dan , Lebuhraya Elite dan Lebuhraya LEKAS.
71800 Nilai,
Negeri Sembilan
Kota Seriemas & Country Club
Kota Seriemas, Nilai
Terletak di No 1, Persiaran Seriemas Golf, Kota Seriemas, Nilai. Hanya 10 minit ke KLIA dan 20-30 minit dari Seremban Dan Kuala Lumpur. Sebanyak 18 lubang untuk sesuatu kejohonan yang dijalankan. Kota Seri emas & Country Club berkonsepkan tropikal kontemporari dan menawarkan konsep ketenangan dengan café dan restoran yang menarik dengan hamparan padang hijau di sekelilingnya.
Kota Seriemas,
71800 Nilai,
Negeri Sembilan
Staffield Country Golf Resort (SIGC)
Mantin
Terletak di Batu 13, Jalan Lama Seremban Kuala Lumpur iatu di Mantin. Jarak ke Seremban hanya 20 Km dengan masa 15-20 minit untuk sampai di tempat ini. SIGC menawarkan 27 lubang yang bertaraf antarabangsa dengan berlatarbelakangkan gunung ganang dan tasik mendamaikan.
71700 Mantin,
Negeri Sembilan.