LAWATAN TEKNIKAL PLANMALAYSIA KE TAMAN MALAYSIA, TAMAN TASIK SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN BAGI PENYEDIAAN GARIS PANDUAN TAMAN KENDERAAN REKREASI.
SEREMBAN, 22 Januari 2024 - Satu Lawatan Teknikal yang diketuai Ketua Pengarah PLANMalaysia, TPr Dr. Alias bin Rameli ke Taman Malaysia, Taman Tasik Seremban, telah diadakan yang bertujuan bagi perkongsian ilmu & pengalaman PBT mengenai Tapak Caravan di Taman Malaysia.
Lawatan delegasi tersebut disambut baik oleh pihak Majlis Bandaraya Seremban dengan meraikan kunjungan delegasi PLANMalaysia yang juga disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), TPr Hj. Hassan bin Yaakob, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, TPr Dr. Chee Ping Ngang, Pengarah PLANMalaysia Negeri Sembilan, Pn. Sanisah binti Shafie, Pengerusi TAPIO Management, Mr. Bernhard Schutte dan 25 orang pegawai warga PLANMalaysia dan TAPIO Management Sdn. Bhd.
Lawatan teknikal tersebut diketuai oleh TPr. Hj. Nazri b. Abd. Ghani, Pengarah Jabatan Perancangan dan Pembangunan, LAr. Tn. Hj. Nasirudin bin Abd. Rahman, Pengarah Jabatan Taman & Landskap MBS , Pn. Azura bt. Abu Hassan, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Pelancongan dan pegawai-pegawai MBS.
Pengarah Jabatan Taman & Landskap MBS turut menyampaikan taklimat ringkas mengenai Taman Malaysia & Tapak Caravan tersebut.
Pihak MBS mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PLANMalaysia di atas kunjungan lawatan teknikal tersebut dan berharap agar perkongsian pengalaman tersebut dapat memberi manfaat serta membantu pihak PLANMalaysia dalam penyediaan GP yang akan dihasilkan kelak.