MAKLUMAN :
Tempahan Fasiliti (yang tiada cagaran) secara atas talian boleh digunapakai bermula 2 Januari 2025.
Walaubagaimanapun, pelaksanaan ini terkecuali bagi tempahan fasiliti yang melibatkan bayaran cagaran melalui Sistem eTempahan. Ini kerana tempahan ini melibatkan isu cagaran yang mana caj transaksi pembayaran cagaran yang dikenakan oleh pihak bank akan ditanggung oleh pengguna.
Pengecualian sementara ini adalah disebabkan oleh gerbang PBTPay yang sedang dinaik taraf bagi penggunaan DuitNow oleh pihak Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT).
Fasiliti yang terlibat adalah:
1. Semua dewan Majlis.
2. Semua fasiliti sukan di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Pelancongan dengan penggunaan sepanjang hari.
3. Semua fasiliti di bawah Jabatan Taman dan Landskap termasuk tapak campervan.
Disyorkan tempahan fasiliti yang mempunyai cagaran boleh dibuat di kaunter Majlis sementara pihak JKT menaik taraf gerbang pembayaran yang dijangka siap pada hujung Januari 2025.
Sekian.