Pengenalan

Perakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance - CCC) adalah perakuan bangunan yang diperluaskan dari perakuan CCC sedia ada ke atas banglo yang dibina berasingan kepada bangunanbangunan kategori lain yang lebih kompleks. Sistem CCC mula berkuatkuasa pada 12 April 2007.

Perakuan CCC ini dikeluarkan oleh para profesional yang terdiri daripada Arkitek Profesional yang berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia, Jurutera Profesional yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia atau Pelukis Pelan Bangunan yang berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia.

CCC yang dikeluarkan oleh para Profesional ini adalah bagi menggantikan Perakuan Kelayakan Menduduki (Certificate of Fitness for Occupation - CFO) yang dikeluarkan oleh PBT.

Muat Turun

Borang Semakan Pengemukaan Perakuan Siap Dan Pematuhan CCC

Borang D1 – D21 : Perakuan Berperingkat

Kaedah Bayaran

Segala bayaran boleh dibuat di dalam bentuk :

Banker’s Cheque / Cashier’s Order / Wang Kiriman Pos / Wang Pos / Resit Pembayaran Secara Online

( *Cek Individu / Syarikat dan Tunai tidak dibenarkan)

Atas nama : MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN

 

Hubungi 

​​Pejabat Utama MBS :

Kaunt​​er Jabatan Kawalan Bangunan, 
Majlis Bandaraya Seremban
Wisma MBS,
Persiaran Forest Heights 1,
Jalan Seremban – Tampin,
70450 Seremban, Negeri Sembilan
​​Telefon : 06-765 4333 atau 06-765 4938
Faks     : ​06-765 4939

Pejabat Cawangan Nilai : 

​​Kaunt​​er Jabatan Kawalan Bangunan, 
Majlis Bandaraya Seremban
No. 1, Kompleks Pentadbiran Kerajaan, 
Persiaran Pusat Bandar, Putra Nilai, 
71800 Nilai, Negeri Sembilan 
​​Telefon : 06-798 9000 atau 06-789 9007
Faks : ​06-799 8409