KUNJUNGAN HORMAT DARI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN


Seremban, 6 Disember 2024 - Tuan Mas Midyawan bin Yahya, Setiausaha MBS, telah menerima kunjungan hormat daripada KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN semalam di STADIUM TUANKU ABDUL RAHMAN, PAROI bagi lawatan pemantauan pelaksanaan projek inisiatif menaik taraf STADIUM TUANKU ABDUL RAHMAN PAROI. Turut hadir ialah Puan Azura binti Abu Hassan, Pengarah Pembangunan Masyarakat & Pelancongan dan Tuan Haji Nasiruddin bin Ab Rahman, Pengarah Taman & Landskap, Wakil KBS En Mohd Faez b. Othman Penolong Setiausaha Kanan, Bhg. Pembangunan KBS, En Mohd Marzuki b. Mehat Pegawai Pembangunan, Bhg. Pembngunan KBS, En Saifullah Hafizi b. Abd. Jalil Pegawai Pembangunan, Bhg. Pembangunan KBS dan juga En Ahmad Syariffuddin Sarmin Pengarah JBS N.Sembilan dan En. Mohd Zul Fadli b. Ahmad Pegawai Pembangunan JBS N9. Kunjungan ini bertujuan melihat sendiri keadaan terkini Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi setelah projek menaik taraf selama 10 minggu telah selesai dengan jayanya pada September 2024 yang lalu. MBS mengucapkan jutaan terima kepada KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN yang telah menyalurkan peruntukan bagi tujuan menaik taraf stadium ini.


Pentadbiran majlis telah melantik TURF CONSULTANCY bagi menjalankan kerja kerja menaik taraf padang Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Antara kerja yang dilakukan adalah pemasangan longkang sub-tanah secara fast track, meratakan dan memperbaiki permukaan padang lengkap beserta hollow-tine, penaburan pasir (top-dressing), penanaman 6 sprinkler baru dan pembaikan paip yang bocor sedia ada. Alhamdulillah, hasil daripada projek naiktaraf stadium ini, pihak MFL dan AFL telah memberikan kredit pada Datuk Bandar semasa perlawanan Piala Malaysia NSFC menentang PDRM FC pada 24 November 2024 yang lalu. Hal ini kerana cuaca hujan lebat pada lebat pada hari perlawanan tersebut namun tiada lagi takungan air ataupun lopak yang dilihat hasil daripada serapan yang pantas. Pihak MBS juga turut diberi kredit oleh salah satu FB PAGE penyokong bola sepak ULTRA JANG yang telah memberi pujian berkenaan kondisi padang Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi yang terkini berbanding sebelum ini. MBS mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN atas sumbangan peruntukan yang diberikan. Majlis Bandaraya Seremban amat komited dalam memberi perkhidmatan terbaik bagi pengguna fasiliti khususnya di daerah Seremban.

KUNJUNGAN HORMAT DARI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN KUNJUNGAN HORMAT DARI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
KUNJUNGAN HORMAT DARI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN KUNJUNGAN HORMAT DARI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
KUNJUNGAN HORMAT DARI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN KUNJUNGAN HORMAT DARI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN