Majlis Bandaraya Seremban akan membuat penangguhan sementara bagi terimaan kutipan untuk semua agensi berikutan proses kerja-kerja penutupan akaun tahun 2024.

Bayaran dalam talian iaitu MBSClick, PBTPay, N9Pay dan https://epay.mbs.gov.my akan ditutup mulai 29 Disember 2024 hingga 31 Disember 2024.

Manakala bayaran melalui perbankan internet / jompay akan ditutup mulai 26 Disember 2024 hingga 31 Disember 2024. Semua terimaan kutipan akan beroperasi semula pada  1 Januari 2025.

Segala kesulitan amat dikesali.