OPERASI TUNGGAKAN SEWA RUMAH PANGSA KOS RENDAH LOBAK (PPRT LOBAK)
Seremban, 27 Februari 2025 - Majlis Bandaraya Seremban telah mengadakan Operasi Tunggakan Sewa Di Rumah Pangsa Kos Rendah Lobak (PPRT Lobak) melibatkan Ahli Majlis MBS, Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta MBS dan Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan MBS. Operasi ini turut dibantu oleh anggota Polis daripada Balai Polis Jalan Campbell. Operasi ini telah dijalan secara berhemah tanpa melibatkan sebarang insiden dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan. MBS sentiasa memberi peluang dan membantu penyewa dengan menyediakan pelbagai kaedah supaya penyewa dapat menjelaskan tunggakan sewa. Dengan kadar sewa RM150.00 sebulan, MBS telah melaksanakan pelbagai cara untuk memudahkan penyewa membuat bayaran sewa. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan namun masih terdapat ramai penyewa mengambil sikap sambil lewa untuk menjelaskan tunggakan sewa. Operasi kali ini tertumpu kepada 6 penyewa yang mempunyai tunggakan tertinggi iaitu di antara RM17,000.00 hingga RM34,000.00.
Notis penamatan perjanjian penyewa terlibat telah tamat pada 31 Januari 2025 dan tempoh pengosongan rumah juga telah berakhir pada 26 Februari 2025. Setelah tamat tempoh dan peluang yang diberikan, MBS telah mengambil tindakan menanggalkan semua pintu di rumah terlibat sebagai pengajaran supaya mereka segera menjelaskan tunggakan. Walaupun begitu, penyewa masih dibenarkan tinggal di premis berkenaan untuk sementara waktu sebelum dapat menjelaskan tunggakan atau mendapatkan kediaman di tempat lain. MBS akan meneruskan operasi ini secara berkala dari semasa ke semasa dan MBS meminta penyewa di rumah PPR Paroi dan PPRT Lobak menjelaskan bayaran sewaan mengikut masa yang telah ditetapkan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |