LAWATAN MENCEMAR DULI D.Y.M.M. YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS & D.Y.M.M. TUNKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS KE MONUMEN RUKUN NEGARA
Seremban, 3 Februari 2024- DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud telah berkenan mencemar duli berangkat ke Lawatan Monumen Rukun Negara, di Dataran Seremban.
Turut hadir sama ialah Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, YBhg. Dato' Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar MBS, Tan Sri Lee Kim Yew, (Pengasas & Penasihat Mines Wellness City) Ahli Majlis MBS, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan, Setiausaha MBS, Ketua-Ketua Jabatan & Unit MBS serta pihak The Mines.
Keberadaan Monumen Rukun Negara di Dataran Seremban sememangnya bukan sahaja menjadi pelengkap kepada projek menaik taraf Dataran Seremban yang berwajah baru, ianya merupakan satu mercu tanda untuk kita terus mengekalkan perpaduan dan keharmonian negara dengan berpegang pada teguh kepada prinsip Rukun Negara.