Secara khususnya, Pasukan Renjer Jalan Jabatan Kejuruteraan ditubuhkan adalah untuk memastikan segala aduan berkaitan perabot jalan dapat diambil tindakan dengan kadar segera. Ianya perlu bagi memastikan kelancaran lalulintas dan mengurangkan kadar risiko kemalangan. Berikut adalah tugas - tugas lain Renjer Jalan.
- Menjalankan kerja-kerja menyelenggara perabot – perabot jalan seperti;
- Memastikan garisan jalan dalam keadaan baik
- Menyelenggara papan tanda lalulintas, papan tanda nama jalan dan papan tanda nama taman
- Menyelenggara pondok menunggu bas
- Mengecat kerb dan jambatan bagi memperkemaskan perabot jalan.
PEMASANGAN PAPAN TANDA
MEMBAIKI RAILLING
MEMPERBAIKI GARISAN JALAN
MEMBAIKPULIH PAPAN TANDA